![]() |
|
Assalamu'alaikum=)
Name: شيخ نبيل (Shaik Nabil) Orthodox Islam - Ahlu Sunnah Wal Jama'ah (People of the Sunnah and Congregation) School of Orthodox Theology (Aqeedah) :Ash'ari School of Theological Thought School of Orthodox Jurisprudent (Fiqh) :Shafi'e School of Jurisprudential Thoughts "Blessed is He in Whose hand is the Sovereignty, and He is able to do all things; Who hath created life and death that He may try you, which of you is best in conduct; and He is the Mighty, the Forgiving." Al-Qur'anul Kareem 67:1-2 O God bless our Master Muhammad (pbuh) who opened what had been closed, and who is the Seal of what had gone before, he who makes the Truth Victorious by the Truth, the guide to thy straight path, and bless his household as is the due of his immense position and grandeur.-Salatul Fatih Reliable Links
Marifah.netNur Sacred Sciences FloodPlains Shaykh AbdulKarim Yahya Sacred Knowledge IQRA.net Tagboard
Facebook
Shaik Nabil![]() Date
Archives
October 2009
November 2009 December 2009 January 2010 November 2011
|
Monday, October 26, 2009
JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W
Assalamu'alaikum WR WB, JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.WAlhamdulillah, I came across this article which I want to share with you readers =): From: www.iluvislam.com "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. ![]() Salam 'Alaik =) |